Sunday, April 25, 2010

Laporan akhbar berkenaan skim cepat kaya.

The Star 13 Julai 2009 telah menyiarkan laporan khas berkenaan skim cepat kaya.

Laporan berkenaan menunjukkan pelabur-pelabur Malaysia telah kehilangan sejumlah RM845 juta di dalam skim-skim cepat kaya.

Pergh! banyak tu..

Di dalam laporan tersebut, wartawan The Star cuba membongkar modus operasi syarikat-syarikat skim cepat kaya.

Antaranya ialah pelaburan sarang burung layang-layang, keahlian restoran dan pelaburan emas.





Mengapa orang berminat melabur dalam skim cepat kaya?

Bagi saya faktor yang menyebabkan orang ramai terjerumus dengan skim cepat kaya nie ada 2:

1. Nak cepat untung
2. Kurang ilmu

Nak cepat untung - Sebab nak untung cepat, nak kaya cepat… semua nak cepat.

Kurang ilmu -Bila kurang ilmu maka kita akan senang ditipu dan digula-gulakan. Tapi kalau kita ada ilmu, insyaAllah ilmu tersebut akan menjaga kita dari terjerumus ke dalam skim-skim cepat kaya nie.

Jadi, untuk mengelakkan

daripada terpedaya, maka jangan tamak dan kena cari ilmu dulu.

Syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas pun turut diserbu dan disiasat.

1. Bestino Group (17 Jun 2009)

Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti menyerbu Bestino Group

Kemudian Etika Emas Estet dan Genneva Sdn. Bhd (21 Julai 2009)



Public Gold pula telah mengeluarkan notis kenyataan amaran dan menafikan penglibatan dengan sebarang aktiviti skim pelaburan emas.(klik sini).