Saturday, May 1, 2010

Keuntungan Lumayan Melalui Jual Beli Emas

Untuk pengetahuan anda, berapa banyak pendapatan yang anda akan perolehi daripada aktiviti trading emas ini bergantung kepada beberapa faktor iaitu:

1. Ilmu pengetahuan anda berkenaan emas
2. Modal yang anda ada
3. Networking anda (berapa ramai supplier, buyer dan investor yang anda kenal)
4. Kejujuran/trustworthy (sejauh mana orang percaya kat anda)

Ok, sekarang kita lihat antara kaedah buat duit dalam trading emas nie:

Kaedah Pertama:

Beli emas fizikal pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.




Emas fizikal pilihan; emas Public Gold, dan Dinar

Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Anda beli emas fizikal seperti jongkong emas Public Gold, Syiling Kijang Emas, Public Dinar Emas, syiling emas dari UOB Bank, Poh Kong Bunga Raya, PAMP Suisse gold bar kemudian simpan.

Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik kat bank atau kedai emas dan mendapat keuntungan.

Contoh bagi Kijang Emas:

Berdasarkan kepada jadual diatas, anda dapati harga Kijang Emas memang naik. Tapi untuk membuat untung, anda sendiri yang tentukan :)

Kebaikan:
1. anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran kepada orang yang berminat nak beli. So boleh tambah profit lagi :)

Kelemahan:
1. Kalau anda nak pakai kaedah beli harga rendah dan jual harga tinggi utk jangkamasa pendek, maka tak berapa sesuai guna emas fizikal. Ini kerana syiling emas nie produk yang hot. Selalu out of stock. So takut nanti bila nak beli balik stok dah tak ada.

Kaedah kedua:

Buat loan bank semaksima mungkin (antara 5 ke 10 tahun) dan beli emas seperti Public Gold,Kijang Emas, Syiling Emas dari UOB Bank atau Dinar Emas.

Dengan membuat pinjaman, anda boleh membeli emas dengan kuantiti yang lebih banyak. Untung pun InsyaAllah banyak :)

Kemudian simpan syiling emas berkenaan sehingga loan habis bayar. Anda akan mendapati kenaikan harga emas tersebut akan cover duit loan dan akan berikan anda keuntungan

Kaedah ketiga:

Membeli dan menjual emas melalui Public Bank Gold Investment Account.

Public Bank menjual emas mengikut pergerakan harga emas dunia
(spot gold + exchange rate bank + untung bank).

Anda boleh membuat keuntungan yang menarik melalui kaedah Ini.

Caranya ialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik.

Memandangkan perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (RM3) maka anda boleh mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik melebihi RM3.

hehehe.. mari kita lihat contoh sebenar:

Pada 12/9/2008 harga jualan emas Public Bank ialah RM85.99/gram

Pada 19/9/2008 harga emas naik menjadi RM92.71/gram


Ini adalah keuntungan RM6.72/gram (7.81%) dalam masa seminggu!

Katakan anda membeli 302 gram emas, dan anda jual balik 300 gram pada 19/9/2008
(kena simpan min 2 gram dalam akaun) maka

anda akan untung RM6.72 x 300 = RM2016.00!!

Kemudian, nak dijadikan cerita, harga emas terus naik daripada 19/9/2008…
Setelah 2 minggu (26/9/2008) harganya mencecah RM96.27


Ini adalah keuntungan RM10.28/gram (11.95%) selepas 2 minggu!!!

Dalam tempoh 2 minggu sahaja 300 gram emas yang anda beli kat Public Bank akan memberikan keuntungan sebanyak RM3084.00
(RM10.28 x 300 gram = RM3084)

Kalah dividen setahun ASB betul tak? :)

Jika anda nak tahu harga semasa Gold Investment Account Public Bank
klik sini: http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

Kebaikan:
1. Takder masalah stok abis. Mudah dibeli dan dijual balik kat bank.
2. Public Bank ada di seluruh Malaysia, so anda mudah nak pergi beli
3. Kos membuka akaun yang rendah (cuma beli 20 gram permulaan)
4. Dalam jangkamasa panjang emas akan naik harga, so cepat atau lambat anda tetap akan untung.

Kelemahan:
1. Kena pandai baca timing, bila nak beli dan bila nak jual. Anda kena peka terhadap tinggi rendah harga emas bulanan dan tahunan. Once anda dah mahir timing.. hehehe.. anda akan kaya (err.. tengok modal jugak lah..)

2. Hanya boleh berurusan pada waktu office hour sahaja...klo trdesak nk pakai duit kena tggu bank buka untuk jual balik emas.

Membeli syiling Kijang Emas



Tahukah anda, antara pelaburan emas fizikal yang termudah di Malaysia adalah membeli syiling emas Kijang Emas?

Pada 9/6/2008 saya ada membeli syiling Kijang Emas ini (1Oz). Jadi saya ingin berkongsikan pengalaman bagaimana anda boleh membeli wang syiling Kijang Emas ini.

Sebelum itu, Kijang Emas nie apa ya?

Jawapan: Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia.

Ianya terdapat di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz ( 1 Oz = 31.1 gram). Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)



Bagaimana membeli Syiling Kijang Emas?

1. Kijang Emas dijual di Maybank cawangan tertentu sahaja (tengok bawah)
2. Bawa duit yang mencukupi sebab kena bayar cash.
3. Bawa IC sebab pembelian akan direkodkan dan anda diberi sijil pembelian.

Gambar: Sijil belian Kijang Emas

p/s: Tidak ada had limit untuk anda membeli Kijang Emas. kalau ada stok, Maybank akan jual.


Apakah kebaikan membeli Kijang Emas ini?

1. harga yang agak rendah kerana terdapat dalam 3 saiz iaitu 1 troy ounce, 1/2 troy ounce dan 1/4 troy ounce. Syiling termahal pun cuma 1 Oz (31.10 gram, harga RM3000 ++). Tapi kalau nak tengok harga harian Kijang Emas, boleh lawati laman web Bank Negara malaysia di http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

2. Syiling ini ketulenannya ialah 999 (24 Karat). Jadi mutu emasnya terbaik.

3. Anda boleh membeli syiling Kijang Emas ini di Maybank, tapi cawangan tertentu sahaja. Jangan lupa bawa IC. Di Melaka ia cuma dijual di Maybank Main, jalan Hang Tuah.

Untuk mengetahui cawangan-cawangan Maybank lain yang menjual Kijang Emas sila rujuk link ini:

http://www.maybank2u.com.my/promotions/goldcoin.shtml#

4. Syiling ini boleh dijual semula kepada Maybank pada harga semasa ditolak antara 3.15% dan 3.20% (utk 1 Troy Ounce) . Ini boleh dikatakan rendah berbanding kedai emas yang biasanya menolak 10% – 15% daripada harga emas semasa. So dah untung.

5. Syiling ini boleh bawa ke pajak gadai kalau tak ada duit :) anytime

Antara kelemahan membeli syiling Kijang Emas.

1. Kena bayar cash ( kalau kat kedai emas biasa boleh beli pakai kredit card)

2. Nak kena pergi Maybank awal-awal pagi. Kalau kat Melaka nie staff Maybank minta datang sebelum 12 tengahari.

3. Maybank punyalah sibuk… saya kena tunggu sejam, baru dapat beli.

4. Maybank staff akan beritahu yang syiling nie kena jaga elok-elok. tak boleh bengkok atau terguris sewaktu nak jual balik. kalau bengkok, mungkin Maybank tak akan beli balik. Lagi satu, jangan lupa bawa resit asal sewaktu anda membeli Kijang Emas ini sewaktu hendak menjual balik syiling ini.

Rasanya itu sahaja kelebihan/kelemahan yang saya dapat kenalpasti.

Sekarang, mari kita lihat harga syiling Kijang Emas (1 troy ounce) sewaktu dilancarkan pada 18/7/2001 sehingga 17/6/2008 ( dekat 7 tahun).

18/7/2001 – harganya ialah RM1082.00
sekarang 17/6/2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!

Kenaikan 181.70% !!!
Purata kenaikan setahun : 25.95% !!!

Bandingkan dengan ASB ( Antara 8.5% ke 9.00 % setahun )

Amacam? nak beli emas tak??