Wednesday, April 21, 2010

KOLEKSI EMAS KU




Saya telah pun mengumpul beberapa koleksi emas...(seperti di atas)Ada yang dah dijual dgn kwn2. Hari ni goverment dapat gaji..(yahoooo...) So blh la tambah lg beli emas. Isteri saya dapat tunggakan gaji dalam 10k, saya topup skit dapat la beli Public Gold 100g...Sementara harga blh thn lg(RM 13168.00).Nanti makin lame makin naik....So saper yg xtahu nk simpan duit kt mana,boleh la beli emas sekarang. Sementara harga masih rendah.Renung2kanlah dan Selamat Berjaya:)

Mengapa perlu menyimpan EMAS?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Sejak daripada zaman pemerintahan Firaun lagi, emas dijadikan matawang. Sehingga kini emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Contohnya sekiranya anda mengatakan BMW 5series sebagai lambang kekayaan anda, tapi selepas 20 tahun adakah keadaan BMW itu masih kekal??Tapi EMAS...?Masih dlm keadaan baik walaupun berlakunya kebakaran..(juz cuci bersih2 dh leh simpan balik)

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun (selaunya pn dlm 7% jerk). Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!! Saper2 yang dah kahwin mesti pernah mengalami:)


3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2010? RM 5 sehari pun tidak cukup..(bayar parking Majlis Perbandaran pun 50 sen sejam)


4. Aset yang terunggul

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.


5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.Contohnya sekarang di Negara Zimbabwe, dgn 1 billion hanya boleh membeli 3biji telur....Macam mana tue??

PELABURAN EMAS YANG MENGUNTUNGKAN

Ketahui Rahsia Bagaimana Memulakan Pelaburan Emas Anda Sekarang, Tidak Kira Anda Seorang Pelajar, Pekerja Mahupun Seorang Pesara....

Amaran! Anda memang WAJIB mengetahui rahsia ini kerana keadaan ekonomi dunia kini tidak stabil, berlakunya penyusutan nilai Dolar Amerika, dan juga kenaikan inflasi...

Adakah anda sedar akan REALITI yang berlaku pada diri anda???

Setiap hari anda rungsing memikirkan wang simpanan untuk masa depan anda seperti KWSP, koperasi, ASB dan lain-lain tak mencukupi terutamanya selepas anda bersara kelak. Anda bertanya pada diri anda sendiri ” Adakah aku perlu bekerja lagi selepas persaraan aku?”
Anda ingin berniaga untuk menambah pendapatan, tetapi anda rasa anda tidak akan berjaya? Dan paling dirisaukan adalah HILANG MODAL! Di tambah lagi dengan anda sememangnya tidak mahir dalam selok – belok perniagaan. Tahukah anda bahawa ini akan meningkatkan lagi RISIKO anda untuk gagal!

Sejak kebelakangan ini, gempar satu Malaysia bahawa ramai orang buat duit di internet! Anda memang teruja untuk mencubanya, tetapi anda masih ragu-ragu dan tidak yakin akan kebenarannya. Anda takut akan DITIPU! Mana tidaknya, banyak juga skim-skim penipuan cepat kaya yang turut menyelinap masuk dalam dunia buat duit online ini. Anda takut tertipu dan wang anda lesap jika tidak berhati-hati!

Anda ingin menyertai saham- saham di pasaran tetapi takut akan rugi. Dan anda juga tidak mahir mengkaji turun naik pasaran saham. Anda perlu tahu, untuk mendapat keuntungan besar dalam pelaburan berisiko tinggi ini, anda perlu melabur modal yang besar! Main saham memang benar-benar untung jika saham naik, jika saham turun pula hilang semua wang pelaburan anda! Memang tidak sanggup untuk RUGI BESAR jika pasaran jatuh terutamanya bila berlaku kegawatan ekonomi.

Anda pernah terjebak menyertai pelaburan-pelaburan skim cepat kaya seperti swisscash, skim piramid dan bermacam-macam lagi yang jelas haram dari segi syarak & undang-undang dan ternyata hanya menipu wang anda. Ini menyebabkan anda menutup peluang bagi semua peluang yang dapat membantu sumber kewangan anda walaupun ianya benar. Anda tidak sanggup terjebak buat kali kedua.

Anda memang seorang yang berminat membuat duit, tetapi malas untuk berusaha keras? Mengapa? Sudah pasti anda tidak sanggup untuk bekerja lebih masa yang bakal mengurangkan masa terluang anda bersama keluarga yang tercinta. Bagi anda, masa dan kasih sayang keluarga adalah lebih penting dari segalanya. Akan tetapi, dengan sumber kewangan yang terhad, anda tidak dapat memberikan kehidupan yang terbaik buat keluarga anda. Apakah yang patut dibuat? Adakah ”aku perlu main nombor ekor, mantahu ada nasib boleh kaya?”

Dan bermacam-macam perkara selain tertera di atas yang merungsingkan dan memeningkan kepala anda dalam mencari wang tambahan untuk anda dan keluarga anda demi kehidupan masa sekarang dan masa depan yang terjamin.

Sekiranya anda benar-benar rungsing memikirkan permasalahan di atas, usah risau lagi! Teruskan pembacaan anda kerana sebentar lagi kami akan bongkarkan satu rahsia bagaimana anda mampu menyelesaikan semua masalah di atas hanya menggunakan EMAS. Dan anda boleh lakukannya sendiri berdasarkan panduan-panduan yang akan kami bongkarkan sebentar lagi.

Sebenarnya EMAS mampu menjadi jalan penyelesaian TERBAIK bagi segala masalah kewangan anda!

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke HARTA EMAS

Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya yang tidak seberapa ini. Insya allah dari masa ke semasa, saya akan selalu update info-info terkini untuk dikongsi bersama.

Bercerita tentang emas ni sebenarnya ia bermula sejak beberapa bulan yang lalu. Memang sebelum ni saya selalu memikirkan bagaimana cara untuk menambahkan pendapatan. Walaupun gaji saya dan isteri cukup setiap bulan tapi kami sering memikirkan keselesaan anak2 yang bakal dilahirkan pada masa hadapan..Macam2 org offer pd kami. Biznes itu dan ini...Semua kami dh buat, tapi tidak menjadi mungking bukan rezeki kami...

Hingga la pada 1 hari rakan saya bercerita tentang pelaburan emas. Sy ingt biznes jual brg kemas:)sebagai seorang lelaki tulen,segan la nk jual brg kemas:) Tapi selepas membaca blog PUBLIC GOLD dan Jutawan Emas, ia sama sekali mengejutkan saya. Rupa2nya memang ada org yg melabur JONGKONG EMAS 999.9 kt Malaysia. Dalam hati tertanya2,Biar Betoiii...??Sejak saat tue la saya kerap study dan mentelaah ilmu2 yg dismpaikan oleh org2 yg expert dlm pelaburan Emas nih.Dlm hidup saya masa tue adlh EMAS....EMAS...EMAS...

Then selepas yakin dgn pelaburan ni(ambil masa 2hr jer tok yakinkan diri nih),saya terus berhubung dgn mahaguru Syukor di Public Gold...Di situlah bermulanya title saya sbgai PELABUR DAN PENIAGA EMAS PUBLIC GOLD. Dan kehidupan saya dan isteri sekarang berubah sedikit demi sedikit...Selepas 2 hari join bisnes ni, ramai yang berminat nk melabur...Kata mereka "Daripada habiskan duit shopping xingt dunia...baik invest emas yg tentu2 akan naik harganya akan datang...". Ada juga yg cakap "Aku simpan ASB setahun dpt 7% jerk, tp kalo simpan emas dlm masa setahun dijangka pulangan 30-40%.Banyak tue......."

Disebabkan itu lah saya cuba membuat blog ni supaya pengalaman dan ilmu yang saya ada berkaitan EMAS ni dapat dikongsikan...(sepertimana org2 sebelum ini berkongsi ilmu dgn saya). Dan secara tak langsung saya dapat membantu org2 yang seperti sy dulu yang sering berdepan dgn kegagalan. Ini semua rezeki daripada Allah, dan mana lah tau rezeki anda pun ada di dalam pelaburan emas ini...Renung2kan lah...dan Selamat Berjaya:)

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui info lebih lanjut tentang emas, bolehlah call sy fazrin 0176022385