Saturday, May 15, 2010

KELEBIHAN MENJADI AGEN PUBLIC GOLD

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Harap semua sihat di hujung minggu ni. Agak lama xupdate blog ni sbb busy. hari ni saya nk kongsi sikit tentang bagaimana mnjadi agen Public gold ...

Sebenarnya sudah hampir 2 tahun perkara yang sangat mengembirakan telah diwar-warkan dan saya ingin berkongsi bersama anda semua terutama bagi peminat, pelabur dan penyimpan emas (gold bullion/wafers collectors).

Public Gold menawarkan peluang perniagaan kepada individu untuk menjadi agen mereka dengan modal yang sangat berpatutan iaitu nilaian dalam kurang lebih 300g emas sahaja (RM40,000.00) bergantung kepada harga emas semasa.

Saya berpendapat peluang yang ditawarkan ini adalah sangat menarik dan perlu direbut secepat mungkin kerana harga emas akan naik dari semasa ke semasa.

Imbasan kembali tentang Public Gold.

Pada 4 November 2008, Public Gold telah menawarkan peluang kepada individu, syarikat dan koperasi untuk menjadi agen mereka.

Namun modal yang diperlukan adalah tinggi, sekitar RM250,000. Jadi ia sedikit sebanyak menjadi halangan kepada mereka yang berminat untuk menceburi business emas ini, walaupun ianya adalah perniagaan yang menguntungkan.

Sekarang modal agen adalah dalam anggaran RM40K.

Public Gold telah membuka peluang menjadi agen kepada mereka yang berminat dengan modal yang minima. Sekarang, dengan anggaran modal RM40,000.00 (bergantung harga emas semasa) anda sudah boleh menjadi agen Public Gold dan boleh mulakan perniagaan emas anda sendiri.


RM40,000.00 tersebut adalah untuk belian stok emas 999.9 (starter kit - seperti gambar di atas) Public Gold, contohnya gold wafer 100 gram, gold wafer50 gram, gold wafer 20 gram dan dinar emas 916 (1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar). Bagi saya, modal yang kita keluarkan itu tidaklah merugikan kita kerana kita dapat memiliki dan menyimpan emas-emas tersebut. Emas2 tersebut boleh dijadikan sebagai satu pelaburan yang menguntungkan pada masa akan datang.

Klik di sini untuk melihat harga emas semasa


Sila lihat surat tawaran Public gold di bawah :)


Klik untuk besarkan







Dengan menjadi agen Public Gold anda boleh membeli dan menjual produk-produk keluaran Public Gold seperti:

  1. Gold wafer 20 gram
  2. Gold wafer 50 gram
  3. Gold wafer 100 gram
  4. Gold Coin 50 gram
  5. Dinar Emas (1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar)

Kesemua produk Public Gold adalah untuk pelaburan emas, senang dijual dan perbezaan antara harga belian/jualan lebih rendah. Very hot item :)


Gold Bar 20 gram, 50 gram dan gold coin 50 gram

dinar_specs1
1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar Emas 916 (22K)

Kebaikan menjadi agen Public Gold.

1. Produk Public Gold sangat mudah untuk dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga di kedai emas. Perbezaan diantara harga belian dan jualan adalah sangat kecil iaitu di sekitar 5% - 6% sahaja berbanding dengan kedai-kedai emas diantara 10% - 18%.

2. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun tercalar, bengkok, kemek asalkan beratnya tetap sama (tidak berubah). Jadi, peace of mind kepada pembeli emas Public Gold ni.

3. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold. Tidak pernah mereka cakap stok tak ada. Stok sentiasa ada.

4. Agen diberi pamplet secara percuma oleh syarikat PG. Jadi senang untuk kita buat promosi.

pamplet

Dengan pamplet, Senang sikit nak promote.

Komisyen jualan.

Dalam surat tawaran Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.5% untuk jualan dan 0.3% untuk belian semula. Maksudnya, kalau anda order stok daripada Public Gold maka anda akan dapat komisyen 1.5% (daripada nilai jualan).

Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.3% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).

Tetapi jika anda pandai mengatur strategi, maka anda boleh mendapat komisyen yang lebih tinggi seperti 5% ke 6% untuk setiap jualan.


Target Jualan Bulanan.

Bagi agen yang baru dilantik, TIADA target jualan bulanan ditetapkan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.


Kesimpulan.

Ini adalah satu peluang keemasan yang terbaik. Jika anda mempunyai modal RM40,000.00 dan juga berkeinginan untuk mencari peluang perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang terbaik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, malahan menyediakan ruang dan peluang bagi kita untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana. Kita beroleh keuntungan, mereka beroleh manfa'at dari ilmu yang kita berikan, sama-sama mendapat keuntungan dan manfa'at.


Borang untuk menjadi Agen...download sini (klik untuk besarkan imej atau right click, pilih Save image as..)









Borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan kepada saya dengan scan semula dan emailkan kepada saya beserta satu salinan KP untuk tujuan penyenaraian maklumat dealer.


E-mail: takiro_99@yahoo.com
H/P : 017-6022385