Saturday, May 1, 2010

Membeli syiling Kijang Emas



Tahukah anda, antara pelaburan emas fizikal yang termudah di Malaysia adalah membeli syiling emas Kijang Emas?

Pada 9/6/2008 saya ada membeli syiling Kijang Emas ini (1Oz). Jadi saya ingin berkongsikan pengalaman bagaimana anda boleh membeli wang syiling Kijang Emas ini.

Sebelum itu, Kijang Emas nie apa ya?

Jawapan: Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia.

Ianya terdapat di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz ( 1 Oz = 31.1 gram). Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)



Bagaimana membeli Syiling Kijang Emas?

1. Kijang Emas dijual di Maybank cawangan tertentu sahaja (tengok bawah)
2. Bawa duit yang mencukupi sebab kena bayar cash.
3. Bawa IC sebab pembelian akan direkodkan dan anda diberi sijil pembelian.

Gambar: Sijil belian Kijang Emas

p/s: Tidak ada had limit untuk anda membeli Kijang Emas. kalau ada stok, Maybank akan jual.


Apakah kebaikan membeli Kijang Emas ini?

1. harga yang agak rendah kerana terdapat dalam 3 saiz iaitu 1 troy ounce, 1/2 troy ounce dan 1/4 troy ounce. Syiling termahal pun cuma 1 Oz (31.10 gram, harga RM3000 ++). Tapi kalau nak tengok harga harian Kijang Emas, boleh lawati laman web Bank Negara malaysia di http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

2. Syiling ini ketulenannya ialah 999 (24 Karat). Jadi mutu emasnya terbaik.

3. Anda boleh membeli syiling Kijang Emas ini di Maybank, tapi cawangan tertentu sahaja. Jangan lupa bawa IC. Di Melaka ia cuma dijual di Maybank Main, jalan Hang Tuah.

Untuk mengetahui cawangan-cawangan Maybank lain yang menjual Kijang Emas sila rujuk link ini:

http://www.maybank2u.com.my/promotions/goldcoin.shtml#

4. Syiling ini boleh dijual semula kepada Maybank pada harga semasa ditolak antara 3.15% dan 3.20% (utk 1 Troy Ounce) . Ini boleh dikatakan rendah berbanding kedai emas yang biasanya menolak 10% – 15% daripada harga emas semasa. So dah untung.

5. Syiling ini boleh bawa ke pajak gadai kalau tak ada duit :) anytime

Antara kelemahan membeli syiling Kijang Emas.

1. Kena bayar cash ( kalau kat kedai emas biasa boleh beli pakai kredit card)

2. Nak kena pergi Maybank awal-awal pagi. Kalau kat Melaka nie staff Maybank minta datang sebelum 12 tengahari.

3. Maybank punyalah sibuk… saya kena tunggu sejam, baru dapat beli.

4. Maybank staff akan beritahu yang syiling nie kena jaga elok-elok. tak boleh bengkok atau terguris sewaktu nak jual balik. kalau bengkok, mungkin Maybank tak akan beli balik. Lagi satu, jangan lupa bawa resit asal sewaktu anda membeli Kijang Emas ini sewaktu hendak menjual balik syiling ini.

Rasanya itu sahaja kelebihan/kelemahan yang saya dapat kenalpasti.

Sekarang, mari kita lihat harga syiling Kijang Emas (1 troy ounce) sewaktu dilancarkan pada 18/7/2001 sehingga 17/6/2008 ( dekat 7 tahun).

18/7/2001 – harganya ialah RM1082.00
sekarang 17/6/2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!

Kenaikan 181.70% !!!
Purata kenaikan setahun : 25.95% !!!

Bandingkan dengan ASB ( Antara 8.5% ke 9.00 % setahun )

Amacam? nak beli emas tak??


No comments:

Post a Comment

Post a Comment