Monday, April 26, 2010

Petikan daripada BERNAMA :

Petikan daripada BERNAMA :

RAKYAT Malaysia memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM1 juta bagi memastikan kehidupan selesa selepas bersara.

Pengarah Kanan Hubungan Pelanggan ReMark Malaysia, K Sasitharan, berkata berdasarkan kajian dijalankan membabitkan sebilangan besar pesara di negara ini, ramai tidak dapat mencapai jumlah simpanan sepatutnya menyebabkan mereka terpaksa mencari kerja walaupun selepas bersara.

Beliau berkata, kegagalan membuat simpanan mencukupi itu disebabkan mereka tidak merancang kewangan lebih awal dan tiada sikap disiplin dalam menabung.

Menurutnya, kajian itu turut menunjukkan bahawa simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul bertahun-tahun hanya mampu bertahan tiga tahun sahaja.“Dengan ini, saya menyarankan kerajaan menimbangkan semula cadangan usia persaraan dari 55 tahun kepada 65 tahun,” katanya ketika ditemui selepas Seminar Perancangan Kewangan yang diadakan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010 di Kuching, Sarawak.

Katanya, usia persaraan 55 tahun adalah terlalu awal untuk rakyat Malaysia memandangkan usia itu dianggap masih belum matang berbanding di Eropah dan Jepun yang mengamalkan pencen pada usia 65 tahun. – Bernama

FIKIRKAN.ADAKAH ANDA MAMPU MENYIMPAN 1 JUTA DARIPADA SEKARANG??

TIDAKKAH ANDA TERFIKIR BAHAWA DGN MELABUR EMAS IA DAPAT MEMBANTU ANDA MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT....??

Jika anda mempunyai duit RM1 juta dalam simpanan sekarang.20 tahun akan datang nilainya tidak sama dengan nilainya sekarang. Mungkin nilai RM 1 juta pada 20tahun akn datang agak kecil. Tapi sekiranya anda beli emas yang bernilai RM1 juta sekarang, ia akan lebih bernilai pada 20 tahun akan datang.

Renung2kanlah...dan Selamat Berjaya..Anda Mampu Mengubahnya:)

No comments:

Post a Comment